Rabu, 08 Februari 2012


Pantun untuk Meminang

Adat meminang dilakukan oleh pihak teruna setelah mendapatkan jawaban dari pihak si dara. Setelah itu, kedua belah pihak akan bermusyawarah untuk mengadakan prosesi peminangan. Hal-hal yang dibicarakan berkisar tentang hari peminangan (pertunangan), jumlah hantaran belanja, hadiah-hadiah, serta hari perkawinan.Pantun meminang dilantunkan dalam prosesi peminangan. Pantun ini berisi kehendak hati sang teruna untuk meminang si dara, yang disampaikan dalam prosesi peminangan oleh juru cakap mereka. Sebagaimana pantun untuk merisik, pantun yang dilantunkan dalam upacara meminang juga merupakan pantun berbalas. Isi dalam pantun untuk meminang ini hanya mencakup pantun yang dilantunkan saat kedatangan hingga lantunan pantun yang menyiratkan hasrat kehendak hati teruna untuk meminang si dara.
001.
Hilir air sungai landai
Dalam pulak paras dada
Bukan pulak menunjukkan cerdik pandai
Kerana hendak menyambut adat lembaga
002.
Cantik memanjat pohon ara
Nampaknya cantik berseri laman
Besar hajat kami tidak terkira
Hendak memetik bunga di taman

003.
Budak-budak memakai senglit
Pergi ke kedai membeli timba
Kalau tidak jalan berbelit
Tadi-tadi saya dah tiba






Pantun itu kemudian dibalas oleh pihak si dara dengan menyambut kedatangan rombongan keluarga sang teruna seraya mempersilahkan mereka untuk masuk ke rumah.

004.
Katang-katang berisi manik
Manik berisi hampas padi
Encik-encik datang silalah naik
Inilah air pembasuh kaki
Pihak sang teruna akan membalas pantun tersebut dengan mengungkapkan kebaikan hati pihak si dara yang menyambut baik kedatangan mereka. Pihak si dara kemudian akan mempersilahkan duduk seraya berpantun:

005.
Dari pauh ke permatang
Tetak tengar papan kemudi
Dari jauh kami datang
Mendengar tuan yang baik hati

006.
Tatang puan tatang cerana
Tatang biduk Seri Rama
Datang tuan datanglah nyawa
Jemputlah duduk bersama-sama
Setelah itu, pantun berbalas akan dilantunkan hingga berakhir saat maksud dan kehendak hati sang teruna sudah tersampaikan.
Pihak lelaki:                                                                                           Pihak perempuan:

007.
Cerita pinang ceriti
Cerana di atas papan
Sirih kami sirih bererti
Sukat makna baharulah makan

008.
Saya tidak tahu berebana
Selisih telunjuk bertelekan
Saya tak tahu akan makna
Sirih diunjuk saya makan
Pihak lelaki:                                                                                     Pihak perempuan:

009.
Rumah besar alangnya besar
Rumah Datuk Perdana Menteri
Kalau tidak hajat yang besar
Kami tidak sampai datang kemari

010.
Orang mengambil siput dilubuk
Airnya dalam banyak lintah
Datang membaiki atap yang tembuk
Hendak mengganti lantai yang patah

011.
Rimba dibakar menanam padi
Makan berulam buahnya petai
Jikalau sudah tulus dan sudi
Berbantalkan bandul bertikarkan lantai
Pihak lelaki:                                                                           Pihak perempuan:

012.
Dari paya turun ke lembah
Petik pinang dipilih-pilih
Saya sudah mohonkan sembah
Adat meminang bertepak sirih

013.
Teliti buah teliti
Terletak mari di atas papan
Tepak sirih sudah menanti
Minta sudikan datuk makan
Pihak lelaki:                                   Pihak perempuan:
Orang meracik burung tekukur
Racik benang kait-mengait
Sudikan datuk sirih sekapur
Pinangnya mabuk tembakaunya pahit
015.
Pohon lemba di tepi bukit
Pokok pepaya di tepi jalan
Baik makan barang sedikit
Supaya jangan kecewa badan

017.
Dalam air sungainya landai
Habis hanyut sarang tempua
Bukan saya menunjukkan pandai
Saya khabarkan orang tua-tua
Pihak lelaki:                           Pihak perempuan:
016.
Orang mengaji alif
Orang membilang daripada satu
Orang memanjat daripada pangkal
Pihak lelaki:                           Pihak perempuan:
018.
Selilit pulau perca
Selembang Tanah Melayu
Sealam tanah Minangkabau
Sebengkah tanah terbalik
Sehelai akar yang putus
Sejenang kuda berlari
019.
Dah patah pokok kedondong
Ditimpa pula pokok delima
Titah datuk saya junjung
Hukum yang baik saya terima

021.
Bersusun sirih gagang berkembar
Beratur-atur berbunga tanjung
Melintang duduk gunung Rembau
Sebagai napuh di hujung tanjung
Pihak lelaki:                                           Pihak perempuan:
020.
Orang menyungkur di Tanjung Jati
Kuala Pilah darat Melaka
Patah tumbuh hilang berganti
Pusaka berpindah kepada kita
Pihak lelaki:
022.
Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Manis lagi hati budinya

Tidak ada komentar:

Posting Komentar